CONTOH
PERTANYAAN
soalan:
macammana nak lekatkan berlian tabur ni kat
baju? kena pakai gam ker?
jawapan :iron/gosok
dulu pakaian yang hendak dilekatkan agar
sedikit hangat. pastikan sepotong
kertas/suratkhabar dilapik di bawah agar
tidak melekat dengan kain yang yang
bertindan dibawah kain yang hendak
diletakkan berlian. susun atur berlian yang
hendak dilekatkan (susunan mengikut suka
hati anda sama ada secara teratur atau
berselerak. sesudah itu, gosok sekali lagi
baju tersebut secara perlahan-lahan. tidak
perlu menggunakan gam kerana di batu
tersebut sudah pun terdapat gam.
soalan:
bila dah
lekat kat pakaian kita boleh x kita cuci
pakaian tersebut menggunakan mesin basuh?
jawapan
ya, tiada masalah pun. tapi mungkin selepas
7-8 kali dibasuh baru akan tanggal. tetapi
jika anda sentiasa menggosok pakaian
tersebut, gam nya akan kembali cair dan
melekat pada baju.
soalan :
harga borong
boleh dapat murah lagi x?
jawapan :
sudah tentu boleh sekiranya anda membeli
secara pukal. harga borong mungkin akan
membuat anda pengsan!
soalan:
bagaimana
sekiranya kami menjadi agen? adakah kami
akan diberi website untuk promosi?
jawapan :
hubungi admin menggunakan email di
bizzminded@gmail.com
atau isikan borang komen untuk memaklumkan
kami. Tiada web promosi akan disediakan
tetapi kami akan meletakkan nama dan lokasi
anda di website ini. terima kasih.
soalan:
jika kami
menjadi agen, apakah kami akan mendapat
tools untuk promosi secara offline contohnya
keratan majalah atau pamplet?
jawapan :
sudah tentu ada, jadilah agen kami
sekarang!!
soalan:
saya pernah
terbeli macam ni dekat pasar malam
berdekatan tapi rasanya harganya agak mahal,
kenapa kat sini ianya dijual begitu
murah?adakah kualiti berlian di sini lebih
rendah?
jawapan :
kami akui.. semua orang akan terkejut dengan
tawaran harga kami, malah ada rakan yang
memaklumkan kami bahawa berlian oktant
(standard size) dijual RM 20 semeter di
perkarangan Masjid India, KL. Jangan risau
berlian kami bermutu tinggi malah tiada
tandinganya.. mengapa dapat murah? biar kami
sahaja yang fikirkan caranya.
soalan:
bagaimana
pula nak lekatkan berlian oktant tu pada
tudung atau lengan baju?
jawapan :
senang sahaja, anda cuma perlu jahitkanya
pada bahagian tersebut
soalan:
adakah
kilauan pada berlian oktant akan pudar
mengikut perubahan masa?
jawapan :
oh tidak, berlian oktant ini tidak akan
pudar serinya...
soalan:
berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk
membuat order dan menunggu barang yang
diorder sampai ke tangan kita?
jawapan :
selesai bayaran, kami dapatkan stok dan
penghantaran segera dapat dilakukan!